Pada
tahun 1812, Marsden telah memperkatakan tulisan Jawi dalam bukunya A
Grammar of the Malayan Language (London, 1812). Marsden
menyebut tentang 28 abjad Arab (yang sebenarnya 29, iaitu abjad hamzah "ء" tidak diambil kira
olehnya), yang dipinjam oleh bahasa Melayu dan mencipta enam abjad baru
(termasuk "ذ" yang kemudian digugurkan). Marsden menghuraikan
penggunaan tiap-tiap abjad dalam perkataan dan menamakan abjad-abjad itu
sebagai konsonan seperti halnya dalam bahasa Arab (Marsden, 1812:14). Tentang vokal, Marsden mengatakan tulisan Melayu juga menggunakan
sistem pemvokalan seperti bahasa Arab (ibid) dengan menggunakan
tanda-tanda baris, iaitu atas, bawah, dan hadapan. Marsden juga
membincangkan tanda-tanda ortografi dalam tulisan Jawi seperti jezm (tanda
mati), tasydid, hamzah, meddah (panjang pendek) dan angka (ibid,:20).
Pada
tahun 1913, R.O. Winstedt telah memperkatakan ejaan Jawi dalam bukunya Malay
Grammar (Oxford, 1913). Kajian Winstedt tentang ejaan ini
jelas berasaskan kajian-kajian terdahulu, terutamanya yang dilakukan oleh
Marsden (1812) dan Shellabear (1901). Oleh itu tidak banyak perkara
baru yang diperkatakannya, kecuali tentang tiga teori yang berkaitan dengan
penggunaan huruf saksi oleh tukang tulis Jawi yang berpendidikan Arab dan
kemunculan penggunaan hamzah "ء" (Winstedt, 1913: 41-42). Selain ejaan Jawi,
Winstedt juga telah memperkatakan ejaan Rumi Bahasa Melayu (ibid:43).
Di
kalangan orang Melayu, Raja Ali Haji ialah tokoh yang mula-mula memperkatakan
sistem ejaan Jawi seperti yang tercatat dalam tulisannya Bustan
al-Katibin (1267 H./1857 M.) Huraian Raja Ali Haji tentang
ejaan Jawi, sebenarnya merupakan panduan untuk mengenal, menyebut dan
menggunakannya dalam bentuk tulisan. Tokoh Melayu seterusnya yang
memperkatakan sistem tulisan Jawi ialah Muhammad Ibrahim, iaitu anak Abdullah Munshi,
yang telah menerbitkan Kitab Pemimpin Johor pada tahun 1878
M. Buku ini juga merupakan panduan tentang kaedah ejaan Jawi.
Tokoh
Melayu yang mula-mula menganalisis sistem ejaan Jawi dengan bersungguh-sungguh
dari segi prinsip dan segala permasalahannya ialah Zainal Abidin bin Ahmad
(Za’ba) dalam tulisannya yang bertajuk "Jawi Spelling" (JMBRAS, vol. IV,
1928, hlm. 80-104). Beliau telah memperkatakan tulisan Jawi dari
segi sebab-sebab timbulnya ketidakseragaman ejaan, sistem pemvokalan dalam
Jawi, sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan
dan intonasi, perkembangan penggunaan abjad "ي , و , ا" penggunaan abjad-abjad "ء , ا"dan penyebutan serta pengejaan bunyi a pada
akhir kata. Za’ba seterusnya menerbitkan buku Daftar Ejaan
Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949. Beliau juga telah
membincangkan kaedah ejaan Jawi dan Rumi dalam buku nahunya yang termasyhur,
iaitu Pelita Bahasa Melayu penggal I (1940).
Dua
orang tokoh Melayu lagi yang pernah memperkatakan ejaan Jawi ialah Raja Haji
Muhammad Tahir bin al-marhum Murshid Riau yang termuat di dalam bukunya Rencana
Melayu (1928). Seorang lagi tokoh Melayu ialah Mejar Datuk
Haji Muhammad Said Sulaiman yang telah menulis buku Buku Katan (1936)
dan Panduan Bagi Ejaan PBmPB (1936).
Pada tahun 1954, sebuah
jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu
se-Malaya Kedua di Seremban, telah membandingkan sistem tulisan Jawi dan
Rumi. Hasil daripada penyiasatan itu maka disimpulkan dalam (Memorandum
Mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954) 11 kelebihan tulisan Rumi
berbanding dengan 12 kelemahan tulisan Jawi, dan satu kelemahan tulisan Rumi
berbanding dengan satu sahaja kelebihan tulisan Jawi.
Daripada hasil penyiasatan di
atas, maka Angkatan Sasterawan telah mengesyorkan bahawa tulisan Rumi
dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi
sehingga masa akan menentukannya. Pengesyoran ini telah diterima
oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, di Singapura/Johor Bahru,
1956, sambil mengambil ketetapan membentuk satu badan untuk mengkaji bagaimana
hendak memelihara tulisan Jawi dan bagaimana hendak menyamakan ejaan tulisan Jawi
di Malaya dan Indonesia.
Dalam tahun 1972, Raja
Mukhtaruddin Dain, telah mengesyorkan satu sistem pemvokalan ejaan Jawi melalui
penggunaan tanda-tanda baris sepenuhnya dengan mengetepikan penggunaan
abjad"ي , و , ا" untuk
menandakan bunyi vokal (Raja Mukhtaruddin Dain, 1972:
309-312). Beliau mengesyorkan tanda baris di atas melambangkan vokal
a, tanda baris di hadapan melambangkan vokal u, tanda baris di bawah
melambangkan vokal i, dan sebagainya.
Pada tahun 1981 Jawatankuasa
Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia di bawah naungan Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengesyorkan supaya ejaan Jawi pada masa itu dikaji semula dan
diperkemaskan. Oleh itu, pada tahun 1983, melalui daya usaha Dewan
Bahasa dan Pustaka, Awang Mohamad Amin, telah membuat penyelidikan tentang
tulisan Jawi yang berjudul ”Satu Kajian Terhadap Kaedah Ejaan Jawi
Za’ba”. Tujuannya adalah untuk mencari data tentang ejaan Jawi Bahasa
Melayu dengan harapan bahawa data itu akan digunakan sebagai asas untuk
menyempurnakan ejaan tersebut.
Bagaimanapun, hasil kajian
tersebut telah dibahaskan oleh Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain dalam
artikelnya "Laporan Tentang Satu Kajian Kaedah Ejaan Melayu Za’ba yang
dibuat oleh Tuan Awang Mohd. Amin" dan Haji Hamdan bin Haji Abdul
Rahman dalam artikelnya "Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu Bagi Memenuhi
Keperluan Masa Depan" dalam satu bengkel yang diadakan
di Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Februari
1983. Sebagai kesan daripada perbincangan dalam bengkel itu, satu
jawatankuasa ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka, telah dibentuk untuk menyemak
sistem tulisan yang ada pada masa itu (khususnya sistem tulisan Jawi Za’ba) dan
memperkemaskannya.
Sistem ejaan itu dibengkelkan
dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu pada bulan April,
1994. Sistem ejaan itu diterima oleh konvensyen, dan sebagai
natijahnya, pada tahun 1986, diterbitkanlah buku Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini
mengandungi tiga bab, iaitu tentang pengenalan abjad dan huruf, bentuk huruf
dan cara penulisan dan kaedah mengeja Jawi. Pada tahun 1988, Dewan
Bahasa dan Pustaka menerbitkan pula buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi.
Di kalangan orang Timur, Kang
Keong Seock (1986) dari Korea telah menyiapkan satu kajian berjudul "Perkembangan
Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu" sebagai satu tesis Sarjana
Sastera di Universiti Malaya, yang kemudiannya diterbitkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (1990). Dalam kajiannya, Kang menyentuh
tentang sejarah perkembangan tulisan Jawi daripada bentuk Arab kepada Melayu
asli dan menghuraikan perkembangan tulisan Jawi. Kang telah
mengesyorkan satu sistem gaya tulisan Jawi yang baharu. Pengesyorannya
yang pertama adalah untuk melestarikan prinsip penggunaan baris yang ada pada
ejaan Arab bagi bunyi-bunyi vokal pada suku kata
tertutup. Pengesyorannya yang kedua pula adalah bunyi vokal dalam suku
kata terbuka mesti dilambangkan oleh abjad vokal yang sebenar.
Secara ringkasnya tulisan Jawi
berkembang dengan kemunculan dan penyebaran akhbar-akhbar dan majalah-majalah
Melayu dalam ejaan Jawi dan penubuhan sekolah-sekolah Melayu dan penerbitan
buku-buku pelajaran sekolah. Namun terdapat masalah dalam
penyelarasan ejaan Jawi terutama sekali dalam pengejaan diftong dan juga pada
persukuan kata tertentu. Walaupun terdapat kedua-dua buah buku
panduan ejaan Jawi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, namun dari
segi perlaksanaannya mengambil masa yang lama terutama untuk mengubah sesuatu
sistem yang sekian lama wujud dan telah berakar umbi dalam kebiasaan masyarakat
Melayu. Namun setelah tulisan Jawi diketepikan dalam pengajaran di
sekolah, maka penggunaanya kini telah merosot.
Kesimpulannya pada penghujung
tahun 1991, belum ada penyelarasan pada peringkat kebangsaan dalam sistem ejaan
Jawi. Syarikat Utusan Melayu dalam terbitan-terbitan yang berbentuk Jawi
masih lagi menggunakan sistem ejaan lama misalnya dalam akhbar Utusan Melayu
dan majalah Utusan Qiblat. Begitu juga dengan Bahagian Pendidikan
Agama, Kementerian Pendidikan yang menggunakan sistem tulisan Jawi yang berbeza
dengan yang dikemukakan Dewan Bahasa. Ekoran daripada itu, pada
tahun 1991, Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam di Kuala Lumpur telah
mewujudkan satu Jawatankuasa Penyelarasan Ejaan Jawi cadangan pembaikan
terhadap Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (1986/87).
Malah dengan perkembangan
teknologi canggih, mesin komputer digunakan untuk penggunaan, pembelajaran dan
penyebaran tulisan Jawi melalui perkataan (hardware) dan perisian (software)
komputer dalam tulisan Arab secara meluas. Pada 5 Mac 1992, Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan penggunaan dan penyebaran tulisan Jawi dengan terciptanya al-Bayan Arabic-English Bilingual
Wordprocessor Jawi Version di Pusat Islam, Kuala
Lumpur. Untuk meluaskan penggunaan tulisan Jawi, Kementerian
Pendidikan Malaysia juga telah mengambil prakarsa untuk mengarahkan semua
institusi yang berada di bawahnya menggunakan Pedoman Ejaan Jawi yang
Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan sepenuhnya dalam penggunaan tulisan Jawi mereka.
Akhir sekali seni
khat yang terdapat dalam tulisan Jawi terutama dalam pelbagai manuskrip Melayu
dari zaman awal hingga abad ke-20 telah mengembangkan lagi tulisan
Jawi. Kebanyakan manuskrip Melayu itu ditulis dalam bentuk khat gaya
Naskhi yang dipengaruhi gaya Ta’liq, walaupun pada permulaan kemunculannya ada
yang berbentuk gaya Thuluth yang terpengaruh dengan gaya Muhaqqaq dan
Raihani. Pada penghujung abad ke-19 dan abad ke-20, kebanyakan karya
dalam tulisan Jawi dicetak dengan mesin dan kebanyakan bentuk khatnya dalam
gaya Nashki tetapi judul buku, tajuk, kepala halaman dan sebagainya ditulis
dalam pelbagai gaya seperti Thuluth, Ta’liq, Dewani, Riq’ah dan lain-lain.
Antara Bunyi Arab dan Bunyi Melayu
Antara Bunyi Arab dan Bunyi Melayu
Dalam hubungan ini, terdapat perbezaan yang ketara antara
kedua-duanya, di mana bahasa Arab tidak ada konsonan '£_' (ng), '^T (ny), '£_'
(c), '.j' (p), 'u^'Cg) dan juga vokal 'e' dan 'o'. Sungguhpun bahasa Arab tidak
mempunyai huruf-huruf di atas, tetapi hakikatnya kebanyakan huruf-huruf itu ada
dalam sebutan bahasa Arab. Keadaan ini hanya diketahui melalui ilmu Tajwid.
Di samping itu, bahasa Melayu yang digunakan sebelum orang-orang
Melayu menerima Islam tidak ada konsonan '£_' ('ayn), '£/ (ghayn), 'i' (dhal),
'y (zay), 'J>' (syin), V' (sad)' 'u*' (dad)' V fta'), 'Jj' (?a') dan V
(hamzah), namun demikian bunyi '£_' ('ayn) dan '£_' (ghayn) ada dalam penuturan
(sebutan) bahasa daerah khasnya di bahagian Utara Semenanjung Malaysia.
Berhubung dengan perkataan yang berulang-ulang sebutan hurufnya,
iaitu huruf pertamanya senyap, tidak berbaris yang dalam bahasa Arab disebut
'tasydid' seperti perkataan 'madarrah' (pengulangan 'ra') yang dalam bahasa
Melayunya 'mudharaf, ia tidaklah secocok dengan lidah Melayu meskipun ia boleh
dituturkan. Keadaan yang sama juga terdapat dalam tulisan Melayu yang dieja
dalam tulisan Rumi, perkataan-perkataan yang menyamai fonem-fonem '£' (nga) dan
'Je>' (ga), dimana digandakan fonem-fonem 'nga' untuk '£_' dan 'g' untuk
'J»'. Misalnya 'langgar', 'hinggap', 'manggis', 'menggigil', 'menanggung',
'menenggelam' dan sebagainya. Oleh itu, pada dasarnya orang Melayu sememangnya
berupaya menyebut huruf-huruf Arab dengan betul mengikut prinsip-prinsip
fonemik Arab, meskipun berlaku perubahan bentuk kata dari segi morfologinya.
Apabila bangsa Melayu menganut Islam, sekaligus segala abjad Arab
menjadi huruf-huruf tulisan orang-orang Melayu malah mereka dapat menyebut
segala huruf itu dengan baik dan betul samalah seperti mereka menyebut dan
menerima konsonan V dan 'y' dari fonem-fonem Latin.
Tulisan Rumi : Abjad, Fonem dan Ejaan
Tulisan Rumi : Abjad, Fonem dan Ejaan
Tulisan Rumi berasal dari tulisan Latin yang menjadi tulisan
seragam bagi bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dan kini
penggunaannya begitu meluas sekali. Sejarah tulisan Rumi di Nusantara bermula
dengan kedatangan Portugis ke Melaka pada tahun 1511 Masihi yang sekaligus pula
membawa agama Kristian ke rantau ini. Penerimaan tulisan Rumi sebagai skrip
tulisan Melayu merupakan suatu kejayaan proses Kristianisasi dan sekularisasi
terhadap16 penduduk Alam Melayu, iaitu seperti yang berlaku di Malaysia dan
Indonesia. Tulisan Rumi berasal daripada abjad tulisan bangsa Tuscan moden,
iaitu satu bangsa yang muncul lebih awal daripada bangsa Rumawi. Bangsa ini
tinggal di Tuscany moden di daerah tengah Itali, tetapi memandangkan bangsa
Rumawilah yang memberikan bentuk terakhir kepada tulisan huruf ini, sehingga
kini tulisannya dikenali sebagai 'Tulisan Rumi'.
Abjad Rumi berasal daripada abjad Etruscan iaitu yang berkembang
kira-kira pada tahun 600 S.M. Ini dapat dikesan dari skrip Etruscan, Greek,
Phoenisia dan abjad Semetik yang digunakan di Syria dan Palestin pada tahun
1100 M. Kemasukan abjad Etruscan dalam bahasa Latin mungkin pada abad ke-7 S.M.
Ini berdasarkan kepada satu inskripsi yang bertarikh pada abad ke-7 S.M. yang
bertulis 'MANIOS MED FHEFH-KED NUMASIOP (bahasa Latin klasik: MANIUS ME FECIT
NUMERIO', iaitu 'Manius Made Me For Numerius'). Bagaimanapun, dalam inskripsi lain
yang ditemui pada abad ke-6 S.M. kemudiannya, iaitu yang dibaca dari kiri ke
kanan, ia sama seperti abjad tulisan Rumi Melayu.
Pada masa dahulu, abjad/fonem tulisan Latin atau Rumi ini semuanya
dalam huruf besar (MAJUSCULES). Manakala huruf-huruf (manuscules) baru dicipta
kemudian, iaitu dengan mengubah huruf-huruf purba dengan menghapuskan
sebahagian daripada huruf itu, contohnya 'h' berasal dari 'H' dan 'b' dari 'B'
ataupun dengan memanjang sebahagian huruf yang sama, contohnya 'd' hasil dari
'D' yang dipanjangkan (dan diterbalikkan) bentuknya.
Selepas penaklukan Greek ke atas beberapa negeri di Eropah pada
abad pertama Sebelum Masihi, sejumlah besar fonem-fonem Greek telah dipinjam
oleh bahasa Latin. Pada waktu itu, simbol-simbol fonem 'y' dan 'z' telah
diambil dari abjad Greek dan ditambah pada abjad Latin menjadikan 23 abjad
semuanya. Setelah itu, beberapa tarnbahan baru dilakukan pada zaman pertengahan
dan setelah itu, dapat ditentukan dan dibezakan antara nama-nama abjad dan
jenis-jenis bunyinya (antara fonem-fonem 'u', V, T dan 'j' yang diperkenalkan
oleh bangsa Normandy bagi bunyi Inggeris 'w' (semi vowel) dapat dibezakan dari
V), maka, akhirnya abjad Rumi berjumlah 26 fonem semuanya, iaitu:
A a, B b, C c, D d, E e, F f, G g, H h, I i, J j, K k, L 1, M m, N
n,
O o, P p, Q q, R r, S s, T t, U u, V v, W w, X x, Y y dan Z z.
Antara fonem-fonem itu, enam daripadanya vokal (huruf saksi) iaitu:
a, e (taling), e (pepet), o dan u. Manakala yang baki, iaitu yang terbanyak
adalah konsonan (huruf benar). Antara fonem-fonem itu ada yang mempunyai
padanan selari dengan fonem Jawi dan ada yang tidak pasti padanannya dan ada
yang memerlukan dua fonem bagi mengimbangi satu fonem Jawi. Tulisan Rumi,
seperti juga bahasa-bahasa lain yang menggunakan huruf-huruf Latin telah
melalui proses perkembangannya yang tabi'i sebelum ia menjadi lengkap dan
mantap sehingga ia mampu menyahut segala cabaran dunia moden.
Menyorot kembali ejaan Rumi Melayu, dari segi sejarah didapati
sarjana-sarjana Eropah pertama kali menulis bahasa Melayu dengan menggunakan
ejaan Rumi, meskipun pada mulanya dilakukan secara perseorangan tetapi
kemudiannya dilakukan secara beramai-ramai. Nama-nama seperti Willian Marsden,
W.G Shellabear, R.J Wilkinson dan S.R Winstedt semuanya merupakan
peneroka-peneroka awal perkamusan Melayu. Kemudian barulah diikuti oleh Pendeta Za'ba dari kalangan
sarjana-sarjana Melayu.
Kaedah Tulisan Rumi Melayu
Kaedah Tulisan Rumi Melayu
Garis kasar kaedah tulisan ejaan Rumi Melayu telah dirintis oleh
R.J Wilkinson pada tahun 1902 dan kemudian digunakan dalam kamusnya 'Kamus
Melayu-Inggeris' dan sebahagiannya dalam kamus-kamus lain, kecuali kamus yang
diterbitkan oleh W.G Shellabear pada tahun 1902 dan 1916. Sejak itu, buku-buku
Melayu yang dicetak di Tanah Melayu waktu itu adalah mengikut kaedah ejaan
tersebut dengan sedikit pindaan sahaja. Kaedah yang sama juga diikuti oleh
Pendeta Za'ba dalam bukunya 'Daftar Ejaan Melayu', cetakan tahun 1941 dan 1949;
dan kemudian kaedah ini juga digunakan dalam 'Pelita Bahasa Melayu' Penggal 1,
cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1964.
Sungguhpun Wilkinson seorang sarjana Barat yang mempunyai motif
tertentu dalam penulisannya, tetapi beliau lebih memelihara keaslian tatabahasa
Arab dan ia berjasa besar terhadap perkembangan bahasa Melayu dan tulisannya
dengan tidak menyekat keseragaman ejaan Jawi dengan ejaan Rumi.
Penggunaan kaedah ejaan yang dibuat oleh para sarjana silam dan
hari ini serta oleh institusi-institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka tidak
digunakan secara seragam. Media tempatan nampaknya masih tidak memberi
perhatian yang sewajarnya terhadap istilah-istilah Arab ini. Oleh itu,
penyelarasan dan keseragaman ejaan, serta transliterasi yang betul amat diperlukan
untuk menyelesaikan masalah merumikan huruf grafen Arab kepada fonem Latin atau
Rumi.
Penyelarasan Ejaan
Penyelarasan Ejaan
Dalam usaha untuk menyelaraskan ejaan Rumi antara kedua negara
serumpun (Malaysia dan Indonesia contohnya), maka jawatankuasa demi jawatankuasa
telah ditubuhkan antara negara-negara di rantau ini, misalnya Jawatankuasa
Ejaan Malindo yang telah ditubuhkan dan telah beberapa kali mengadakan
pertemuan. Kali pertama pertemuan diadakan di Jakarta pada bulan Disember 1959
dan kali kedua pada bulan September 1966. Seterusnya pada 16 Ogos 1972,
diisytiharkan ejaan baru secara rasmi di kedua-dua negara serumpun itu.
Ejaan baru yang dikenal sebagai 'Ejaan Malindo' ini mengambil jalan
tengah antara ejaan Inggeris dan Belanda dan ini menjadikannya lebih ekonomis
dan terselaras. Namun demikian, dalam hal penyesuaian antara hukum/grafen Arab
dengan fonem Rumi, nampaknya ia masih berada di takuk lama, di mana
masing-masing negara bebas menggunakan ejaan sendiri, terutama yang berkaitan
dengan padanan hukum/grafen Arab dengan fonem Rumi. Ini kerana Jawatankuasa
Ejaan Malindo yang bertemu di Bogor iaitu pada Ogos 1976 telah bersetuju bahawa
istilah transliterasi hanya akan digunakan dalam bidang agama Islam sahaja
iaitu tidak merangkumi seluruh perkataan Arab yang digunakan dalam
perbendaharaan kata bahasa Melayu.
Untuk menyahut usaha murni tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
mengambil tanggungjawab awal. Berikutnya, dalam buku Istilah Agama Islam
terbitannya pada tahun 1977, antara lainnya, institusi tersebut memberi padanan
kepada huruf 'jj' dengan 'z', 'J>' dengan 'sy\ '£.' dengan 'h', '^' dengan
't', 'j' dengan 'z' dan 'o' dengan 't'. (Engku Ibrahim Ismail & Abdul Ghani
Samsudin (1988), op.cit., h. 30. Jurnal Usuluddin, Bil 21 [2005] 23-38)
Pedoman Transliterasi Dewan
Pedoman Transliterasi Dewan
Untuk menyesuaikan ejaan Jawi Melayu dengan ejaan Ruminya, maka
beberapa padanan huruf dan transliterasinya dibuat oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, yang diharapkan dapat mengelakkan kekeliruan. orang awam terhadap
ejaan beberapa perkataan Arab dalam bahasa Melayu.
Pedoman ini merangkumi aspek-aspek berikut:
Pedoman ini merangkumi aspek-aspek berikut:
1. Konsonan
2. Vokal
3. Kaedah penggunaan alif (f), wau (j) dan ya (c).
4. Huruf konsonan '5' (ta' marbutah) di akhir kata
5. '«.' hamzat (un)
6. jju (maddat)
7. jjx$3 (sydddat atau tasydid)
8. jij£ (tanwin)
9. J\(al-)
10. Penulisan kata dan huruf
11. Huruf Besar.
la dianggap dapat menyelesaikan sebahagian dengan masalah
transliterasi huruf/grafen Arab ke fonem Rumi walaupun tidak secara
keseluruhannya. Kemudian di dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi, terbitan Dewan Bahasa
tahun 1998, didapati beberapa padanan kepada huruf Arab yang diberi padanan
Ruminya berbeza sedikit daripada buku Istilah Agama Islam. Huruf 'i' dipadankan
dengan fonem 's (th)', '£_' dengan 'a' dan 'k', 'J' dengan 'k/q\ 'j' (waw titik
di atasnya) dengan V, '£.' dan V dengan 'h', '*)' dengan 'k', '«.' dengan 'y, i
dan e', '£_' dengan 'c', '^' dengan 'ng', 'Lj' dengan 'p', 'Jp' dengan 'g' dan
'&' dengan 'ny'. ( Dewan Bahasa Dan Pustaka (1988), Daftar Ejaan Rumi-Jawi,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 152)
Kesimpulan
Kesimpulan
Tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf al-Quran menekankan konsep
keseragaman dalam sebutannya. la perlu disanjung tinggi dan dipelajari oleh
orang-orang Melayu, kerana ia bukanlah suatu perkara yang sukar dan baru dalam
masyarakat Melayu. Orang Melayu sejak dari kecil lagi telah diorientasikan
dengan tulisan ini melalui pengajian al-Quran. Jika dikatakan tulisan Jawi
tidak sekata dan tidak konsisten, maka ia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk
kita mengenepikannya. Bahkan tulisan Latin (Rumi) yang digunakan oleh
bangsa-bangsa Eropah sejak dahulu hingga sekarang pun masih tidak terlepas
daripada kelemahan dan kekurangannya, malahan lebih teruk lagi daripada tulisan
Jawi dan Rumi Melayu. Ini kerana tidak adanya suatu sistem tulisan dan ejaan
yang lengkap dan seragam. Bahasa Inggeris yang diagung-agungkan itupun masih
ada kekurangannya. Fonem 'a' dalam bahasa Inggeris misalnya, kadang-kadang
disebut semacam 'alifmadd' dalam bahasa Arab, seperti pada perkataan 'man',
kadang-kadang disebut dengan baris di atas (fathah), seperti pada 'about' dan
yang lebih menyulitkan lagi ialah fonem 'u', di mana dibaca dengan pelbagai
bunyi di kalangan orang-orang Eropah, termasuk juga penutur bahasa Inggeris.
Fonem ini kadang-kadang disebut secara berbaris di atas (nasb) seperti pada
'cut' dan ada pula dibaca semacam berbaris di depan (dammah) seperti pada
'put'. Oleh kerana kesulitan inilah maka terdapat kalangan sarjana Barat yang
beralih kepada usaha mencipta berbagai-bagai lambang bunyi bagi menyelesaikan
masalah bunyi bahasa yang tidak sekata sebutannya dalam bahasa Barat.
Penggunaan lambang-lambang tertentu kini jelas terdapat dalam
bahasa Perancis. Oleh itu tiada bahasa di dunia ini yang sempurna pada mulanya
dan apabila berlaku pinjam-meminjam perbendaharaan kata antara bahasa-bahasa di
dunia berlakulah pula perabahan pada perkataan-perkataan pinjaman itu dalam
proses penyesuaiannya dengan bahasa ibunda, sama ada dalam bentuk kata,
tatabahasa mahupun maknanya, iatu suatu yang tidak dapat dielakkan.
Ringkasnya, kata-kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu dan
kesesuaian antara huruf-huruf 'Arab/Jawi dan Rumi perlu diberi perhatian
sewajarnya. Huruf-huruf tertentu seperti '£,', '£_', '£_', 'J>\ 'jfi' dan
sebagainya perlu diberi perhatian khusus terutama apabila ia berkait dengan
istilah-istilah agama Islam agar keaslian bentuk dan maknanya yang melibatkan
aspek-aspek morfologi, sintaksis dan semantik terpelihara dengan baik,
sekaligus keseragaman ejaan dan sebutan (kefasihannya) persis seperti
sebelumnya.
Oleh itu dalam usaha kita untuk mengembalikan semula zaman
kegemilangan tulisan Jawi dengan tidak menafikan tulisan Rumi, malah biarlah
kedua-duanya berjalan seiringan, dan ini menampakkan kekayaan skrip Melayu.
Kedua-duanya juga harus dapat mengeja segala bentuk bunyi bahasa asing khasnya
bahasa 'Arab yang lebih rapat hubungannya dengan agama Islam. Segala kaedah
ejaan seperti yang diutarakan oleh sarjana silam seperti William Marsden, W.G
Shellabear, R.J Wilkinson, S.R Winstedt dan Za'ba perlu diberi perhatian.
Saranan-saranan sarjana kini dan kaedah-kaedah ejaan dan transliterasi yang
diutarakan oleh institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka yang
bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan Bahasa Kebangsaan, juga
perlu diambil kira agar segala masalah yang merumitkan istilah Arab dalam
tulisan Jawi dapat diatasi.
Sumber Pemulihan Tulisan Jawi
Sumber Pemulihan Tulisan Jawi
Assalamualaikum.. mohon share.. bole tahu tak dari mana rujukannya???
ReplyDeleteok syukran